Giant Bubble di Dataran Gemilang, Putrajaya

Lepas pekena Cendol Bakar Kuala Selangor di Dengkil, Otw balik rumah singgah kejap Dataran Gemilang.Hajat hati nak cari Giant Bubble kasi darwisy main.Meriah jugak ek Dataran Gemilang dengan aktiviti menjual, Live Band, dan budak² mandi pool.

cam gini je rupa dia.Untung jugak ni port biz kecik je tapi bawak pulangan banyak jugak.

Ingat kan untuk sewa je.Ada jugak dia jual dalam botol rupanya.Kalo beli sebotol boleh main sampai lebam ye dak?hat jenis anak ramai tu lagi better beli sebotol kot.Jimat sikit.

yang dalam mangkuk tu lah untuk disewa.Harga mengikut size Giant Bubble yang kita nak.Paling murah RM2 dan paling mahal tak ingat  lah pulak..haha Kitorang sewa yang paling murah jek RM2.

Mula² darwisy main kemain besau lagi bubble nya!

Tersalah pegang sikit.Patu pegang hujung batang tu.Baru Giant Bubble boleh kuar dengan cantik!

Sekarang semua benda nak di "IStagram' kan.Papa, mama sibuk nak upload kt setagram.hahaha

Bila dah lelama kan Giant bUbble ni macam segan² dah nak kuar.Sampai kena tiup ha! hehehe

Papa pulak yang over meniup ni..Susah sudah mau keluar.Mungkin sebab buih² tu dah tinggal sikit kot.

Darwisy ni di pegang je poN! tapi kemain hepi menyengih lagi!

Ada jugak benda alah ni untuk budak² main.Kitorang singgah main Giant Bubble je.Terus balik panas sangat kat sini haihh..habis ketibas!

WW ~ Nasib baik kamu COMEL!

JJCM : Cendol Bakar Kuala Selangor di Dengkil

Siapa penah dengar pasal cendol bakar kuala Selangor angkat tangan! Hehe. Punya lah teringin giler baby masa blogwalking blog sape ntah.Dia pegi Kuala Selangor masuk drive thru Cendol Bakar untuk beli.Terus kempunan Iols tengok gambar cendol bakar dia..perghhh memang mengkagumkan lah!

Dia punya rasa sampai nak ajak suami pegi Kuala Selangor semata nak makan cendol bakar.rasa je lah macam nak pegi.hahaha

Sungguh tak sangka kini Cendol bakar Kuala Selangor dah dekat ngan iols..Cendol Bakar ni baru je kot buka dekat Dengkil.Dia punya lokasi betul² tepi Jalan Besar Putrajaya ke KLIA. Ni jalan dalam tau bukan highway PLUS tu..wakakaka

Masa weols sampai kete dah penuh kawasan halaman kedai.Sekali tengok ha orang tengah queue nak membeli kemain panjang lagi..kena lah sabar kalo nak makan kan?

yang ni pulak lane untuk drive thru.Sila lah percaya Cendol Bakar Kuala Selangor di dengkil pun ada drive thru. tapi jangan lah kau bajet ada sound speaker ke hape yang macam MCD tu..yang ni orang tu sendiri akan pegi kat kete untuk amik order..

lihatlah..macam² jenis cendol bakar. Pilih je ikut tekak.Harga pon lain². tapi kenapa ntah cendol VIP tu murah.Patut lagi mahal khennn?

Kitorang beli 2 jenis cendol bakar. Satu cendol Pulut dan satu cendol durian pulut..nomnomnom

cendol pulut untuk daku..Rupa menarik rasa pon sedap! kena dengan tekak iols. Cuma pertama kali kau sedut cendol ni akan terasa kelainan disitu. Mungkin sebab rasa gula merah yang dibakar tu.hehehe

Yang ni pulak cendol pulut durian untuk cikgunaman.Sedap jugak katanya.Tapi kurang sikit pada tekak daku. Mungkin tak reti nak merasai nikmat cendol bila dicampur durian..hehehe

Order jugak tauhu goreng RM2 buat jamah.Segan kot nak duduk semata makan cendol je..hehehe tauhu ni biasa² rasa dia.Boleh je buat sendiri kat rumah.HAHAHAHA

Spotted! perempuan gems tengah nikmati cendol! sedap sangat letteww sampai tak pandang ke lain dah.

Sekali lagi ulang..Kot ada yang nak try kan. Lokasi kedai Cendol Bakar Kuala Selangor di Dengkil ni betul² tepi Jalan Besar Putrajaya ke KLIA tu tau..Biasa orang akan lalu jalan ni kalo nak pergi Bandar Baru Salak Tinggi, KLIA, Nilai..Kedai dia betul² belah kiri jalan lepas traffic light kat dengkil kalo dari arah Putrajaya..

5 produk kosmetik mengandungi racun!!

Jom check ada tak produk yang kita tengah guna..

Hati2 uolss..

Sharing is caring..

ok nak bagitahu daku adalah dealer produk nour ain..jom try produk nour ain dijamin halal,ada kelulusan dari kkm murah dan sangat berkesan!produk berasaskan herba dan campuran minyak zaitun!  Boleh tengok page kat sebelah kanan entri ini..banyak testimoni dari pengguna! Sekali cuba pasti tak cari yang lain dah..  :b
 
© ☻Mrs Fiza☻ All Rights Reserved