Menu 1 dan 2 Syawal yang meriah

Apa yang bestnya bila beraya di kampung..Menu wajib hari raya sudah tentu lah ketupat, rendang dan lemang..Kalo takda menu² ni haihh rasa macam tak raya kot..Lagipon makanan lain kita boleh jumpa bila² masa kan.tak payah tunggu hari raya pon kita boleh makan..ngeee

Mai tengok apa menu 1 syawal kami.. Semua wan dan bapa sedara yang masak..kami cucu² tahu makan sajok! hewhewhew.. Kita amik gambar makanan dalam bekas yang dah hidang je..

rendang daging ni paksu yang masak..haihh pandai betoi lah..bagus orang laki pandai masak ni..sekali sekala leh rasa masakan laki..haha

nasi impit yang di makan bersama rendang

ketupat palas wan yang buat

kari ayam pon wan jugak yang buat..ngeee

Menu hari kedua syawal pulak

Nasi Beriani air tangan paksu jugak! hahaha


ayam masak merah pon resepi dia jugak..wakakaka

lepas tu kita bakor bakor sate!


700 batang sate paksu bawak dari KL..raya pertama malam tu dah start membakor untuk tetamu..hiks.. sedap sate nya lupa plk nak tanya brand ape..haha

meriah raya tahun ni kebetulan semua giliran di kampung Wan di Kedah..tahun lepas wan dan atok raya berdua je..sob sob..anak² cucu semua giliran di mentua masing²..

1 comment... add one now

Shark Kay Shark Kay August 26, 2013 at 10:36 AM
Aduh..
Tgk satay je rs nk raya lg..
Bnyak tu 700 btg satay..
Mmg beseri raya ada satay.