Akikah dan korban di Kemboja


Alhamdulillah. Dalam bulan Ramadan haritu sempat kami menempah akikah secara online dengan e-qurban selepas terbaca entri tuan Denaihati bertajuk aqiqah ramadan di Kemboja. Sebelum ini bercadang nak langsaikan aqiqah itu di kampung je seperti yang dibuat 4 tahun lepas. Tapi bila difikir kekangan masa kami ambil keputusan buat aqiqah secara online sahaja.





Akikah online ni sangat mudah. Dengan beberapa step sahaja sudah berjaya menempah akikah. Tidak perlu pening memikirkan persiapan yang bukan sedikit untuk menjalankan akikah.

Dengan melakukan akikah online ni, sangat menjimatkan masa dan tidak perlu lagi menyusahkan keluarga melakukan kenduri di kampung. Maklumlah nak kumpulkan keluarga bukannya senang sebab semuanya sibuk dengan urusan kerja masing-masing.

Sedikit info berkenaan e-qurban.

eQurban Resources sebuah syarikat peneraju qurban dan aqiqah di Kemboja menyediakan pakej aqiqah dan korban dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM250 untuk satu bahagian lembu dan RM550 untuk seekor kambing. Pesanan Aqiqah Ramadan boleh buat secara online sahaja.



Daging sembelihan aqiqah akan diagih-agihkan kepada keluarga keluarga miskin di Kemboja. Kesusahan umat Islam di Kemboja terlalu daif jika dibandingkan dengan umat Islam Malaysia yang selalu mendapat bantuan kerajaan. Pengalaman lalu membuat akikah, terjadinya pembaziran berlaku lagi-lagi kalau masakan kambing kerana tak semua makan masakan kambing. Kalau dibuat di Kemboja, insyaAllah rasanya tiada pembaziran berlaku kerana mereka sangat memerlukan bantuan makanan sebegini.

Bukan sahaja akikah, kita boleh jugak buat tempahan korban untuk Hari Raya Haji yang akan datang. Boleh buat asingkan siap duit gaji nanti lakukan ibadah korban . Kalau nak dibandingkan korban di sini dan di Kemboja melalui e-qurban memang jauh berbeza. Hanya RM250 sahaja melalui e qurban, berbanding di sini rasanya hampir cecah RM400. Kalau rasa RM400 terlalu tinggi, apa kata cuba lakukan korban secara online dengan harga lebih murah?

Bagi sesiapa yang berminat nak menjalankan ibadah korban untuk raya haji ni bolehlah buat tempahan melalui link di bawah.

1 comment... add one now

Maria Firdz Maria Firdz August 18, 2013 at 6:54 PM
Sy pun buat akikah online dgn ezqurban.. Mudah dan cepat.. Semuanya online.. Sbb xde msa nk buat knduri kn.. Buat online lah mudh..