Pantai Tengkorak, Langkawi

Ada yang pernah dengar nama pantai ni tak?Dari mana datang nama ni pon taktahu lah.Mungkin ada cerita orang dulu kala kot yang bagi nama kat pantai ni..hiks..sekali dengar serammm...

Hari last kami kat Langkawi flight pukul 8.30mlm.Lepas check out tengah hari di Simfoni Hotel terus pegi Pantai Tengkorak tunggu family abang ipar dan MIL datang sini.Katanya nak berkelah tepi pantai..

Mencabar betui nak sampai sini dari Pekan Kuah..jauh yang amatttt.. kata tourist guide kami, Hotel Andaman yang kebetulan sama jalan dengan Pantai Tengkorak adalah hotel paling hujung di Pulau Langkawi..Memang betullah terasa macam dihujung pulau..seram hoi nak nginap kat andaman tu..Tapi Pantai Tengkorak ni sebelum nak sampai Hotel Andaman..

Mai kita tengok macam mana rupa Pantai Tengkorak tu..hehe

Pantai dia tak landai lah uols..agak bahaya kalo budak kecik nak main pasir tepi² tu..tapi ramai jugak orang berendam kat sini rupanyaaa.. air laut dia biru cantik je..

Tepi² pantai tu pasir dia cantik..tapi banyak pulak ranting² dan daun yang luruh..yelah sebab banyak poko kat tepi pantai tu..

masa awal sampai tu kitorang bentangkan tikar kat bawah pokok..air pon nampak ok lagi..tapi makin lama air pasang lah pulak tepi pantai pon dah nampak dalam..terus kitorang pindah angkat bekal² berkelah semua naik atas tebing..hehe

bila dah pindah atas, nampak laut dari jauh jelah..

tapi budak² masih main pasir kat bawah pokok tepi pantai tu..redup je..seronok lah darwisy duk buat istana pasir bagai..pestime tu dia main pasir pantai..dulu menggeli je lebih..hahaha

darwisy dengan 5 orang sepupu dia..semua anak abang ipar..


tengok belah kanan pantai tu..ramai orang berendam walaupon time ni matahari terpacak atas kepala..panas yang amatttt..

MIL dan abang ipar duk bakar ayam..Bekal berkelah kitorang haitu nasi bersama ayam bakar,ikan bakar, telur puyuh rebus dan sambal petai ikan bilis...perghh licin budak² ni makan.Mentang² makan tepi pantai..laju je diorang makan.

3 comments.. read them below or add one

Nad MamaZN Nad MamaZN July 12, 2013 at 9:02 AM
Seronoknya berkelah kn :)
Aritu p langkawi tk sampai hujung pun
Tu taktau pantai tengkorak ni
Tau pantai kok ngan pantai chenang jek
Hahaha
Gieyana Gieyana July 12, 2013 at 10:53 AM
Bestnyer...mmg hujung pulau pntai ni..tp kan, kt hotel andaman tu tiap2 hr full hse sgn foreigner n mostly org kaya yg stay berbln2..kwn kite daa kerja acct kt situ..;)
Maria Firdz Maria Firdz July 12, 2013 at 3:30 PM
Seram dgr tapi tmptnya cntik... :-)