Review Berjaya Langkawi Resort

Sampai je epot langkawi, staf dari Ocean tu amik kitorang dan terus hantar pegi hotel.Dah dekat pukul 4 kot baru nak check in.Ramai jugak orang check in hari jumaat tu.Mungkin sebab dah start cuti sekolah kan.

Percutian ni macam percutian family jugak. SIl kakak naman pon ikut sekali.Tapi diorang datang dengan bot dari Jeti Kuala Perlis.MIl pon ada sama.Bila sampai Langkawi MIL duduk rumah BIL abang naman yang duduk kat Langkawi tu.

lobi resort..ramai kan depan tu tengah tunggu shuttle

Berjaya resort punya lobi macam Awana genting punya hotel jek. Struktur binaan yang berukiran..

Kat Berjaya resort lagi ramai orang cina dan mat salleh.Ye! Mat salleh memang suka pantai dan resort dalam hutan! heee

Shuttle yang digunakan untuk angkut orang pegi chalet dan amik orang dari chalet ke lobi. Darwisy cakap ni lori! wakaka sebab dia guna kepala lori kot..haha

yeayy dah sampai! Kami punya chalet no 1234 dan 1235. Thanks 100PLUS sebab bagi 2 bilik! boleh angkut adik beradik datang sekali..heeee

bahagian hadapan bilik kami. kena naik ikut tangga tu..kami pilih belah kanan sebab nak tengok view lau tyang cantik dari balkoni.Bilik kiri untuk family SIL.. hehe

masuk bilik terus pegi balkoni dulu! subhanallah! cantiknya view ni kan?

yang tu chalet seaview. kecik sikit sesuai untuk couple nak honeymoon...aummm

boleh lah nak feeling santai kat sini..tapi weols langsung tak duduk kat sini pon..takut monyet lompat masuk kat balkoni..hahaham sokmo je kitorang tutup pintu balkoni tu..

kerusi pon ada

bilik yang kami dapat ni jenis premier chalet. Rate waktu cuti sekolah haitu RM1100/nite sebilik. total semalam RM2200  untuk 2 bilik. tapi kami datang under travel agent maybe diorang dapat harga agen kot.

kitorang punya connection room..tu pintu belah kanan untuk ke bilik sebelah..family SIL belum check in lagi time ni..

katil ni lagi besar dari King Size kot..besar semacam..tapi mama dan danish tido bawah jugak..riso haihh nak tido berempat kat atas tu..kang ada mangsa jatuh katil..wakaka

Bilik air pon besar dan BERSIH.

kiri pintu tu bath tub.hujung kiri toilet dan kanan shower






password untuk free wifi.. yehhaaa! jimat data weols.. dapat 2 password untuk 2 bilik..wifi free untuk semua jenis chalet tau.tapi yang best, kat mana uols pegi dalam kawasan Berjaya Resort yang besar ni boleh connect wifi.. termasuk chalet dalam air..

channel² yang ada! kemain lagi darwisy tengok kartun kat sini. Kat rumah weols tak amik channel kartun tu..hahaha

ni lah penyebab kenapa kami tak lepak kat balkoni..takut hoiiii...

almari pon ada 2 pintu..iron dan board pon semua dah siap² dalam tu.

payung, peti besi, torchlight dan ridsect pon ada! heeee

air mineral dan buah epal tu semua free.. tapi yang belah kanan sunblock dan jajan tu semua kena bayar. Langsung kami tak sentuh! kompom mahal ni kalo barang jual dalam chalet ni.Giler hape kalo kopok RM2 besau tu..wakaka


Berjaya Resort Langkawi sangat lah best! macam² jenis chalet ada. Nak duduk atas pokok, dalam air, ngadap laut semua ada..Servis semua puas hati kot! shuttle pon senang! nak pegi mana call je terus diorang datang amik..heeee..

Oh ya Berjaya Resort ni jauh sangat dari Pekan Kuah, tapi sebelah je dengan Cable Car Gunung Mat Cincang tu..Paling cepat dalam 30minit nak ke Pekan Kuah sebab jalan kat Langkawi ni mana boleh kau nak pecut sangat kan? Tapi oklah untuk family yang suka mandi pantai..Sebab pantai dia cantik dan agak private lah sebab nya yang menginap je akan mandi kat sini..ok lah kan?

0 comment... add one now