DENDA jika IC/Mykad Hilang

Dah 5 hari hidup tanpa IC eh sekarang ni Mykad daaa.Ahad lepas, tengah bersiap nak pegi Lowyat check beg semua boleh pulak baru perasan IC takda.Puas geledah dalam rumah tapi tak jumpa.Nak sedapkan hati, takpa balik nanti kita cari lagi.Walaupon perasaan agak kuat mengatakan aku tak pernah letak IC merata².

Petang sampai rumah teruskan lagi mencari.kalo tak jumpa jugak kita pegi buat report polis dulu petang tu.Apa² hal kita dah ada report polis kan.


Nak masuk pintu pagar polis pon rasa gemuruh semacam.Macam buat kesalahan besar.padahal nak report kehilangan IC je pon.kahkahkah

Sekejap je pon buat laporan polis ni.10 minit je kot.Ingatkan berjam² macam report kes kemalangan.hehe

Untuk kes kehilangan IC/Mykad  korang boleh buat yang baru di JPN atau pon melalui MYEG.Oh MYEG pon boleh dapatkan gantian IC/MYKAD? Yup..mai kita tengok Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara di laman web MyEG Services.

I. Gantian biasa
Permohonan untuk gantian biasa boleh dibuat untuk menaiktaraf cip MyKad dari 32K/64K ke 80K. Penaikan taraf ini ada lah bagi menampung semua aplikasi yang tersedia.
II. Gantian Kad/Cip yang rosak
Permohonan untuk gantian boleh dibuat sekiranya kad tersebut didapati rosak atau cip tidak boleh dibaca semasa proses pengesahan oleh agensi sepanjang sebarang transaksi.
III. Gantian MyKad disebabkan hilang
Gantian MyKad disebabkan hilang: Kes kehilangan hendaklah tidak melebihi 5 kali sahaja. Kompaun akan dikenakan untuk kes-kes kehilangan (Sila rujuk soalan dibawah untuk maklumat bayaran).

Berapakah pembayaran yang terlibat untuk aplikasi ini?

Gantian MyKad disebabkan Hilang

1) Hilang untuk kali pertama RM112.00
2) Hilang untuk kali kedua RM212.00
3) Bagi kehilangan untik kali ke 3-5 RM312.00

Untuk pertanyaan lain boleh refer website MYEG

MyEG kenakan RM 2 sebagai cas bagi aplikasi online.Kalo buat terus dari kaunter JPN RM2 tambahan tu tak dikenakan pon.Terpulanglah pada kita nak pilih cara mana paling senang dan memudahkan.Kalo daku pulak nak pegi kaunter kot.JPN Putrajaya ni bukan jauh sangat pon.

Boleh tahan jumlah denda kalo IC hilang.Kalo dulu² ic hilang RM10 je kot..Weekend ni kita try geledah rumah lagi..Kalo tak jumpa jugak melabur lah RM110 kat JPN nanti..huwaaaaaa




Ranking: 5
 
© ☻Mrs Fiza☻ All Rights Reserved