Goreng Biji Kopi Dirumah

Pheww! hari ni baru masuk opis..Cuti je lama, tapi hari ahad petang baru gerak balik kampung, lepas hantar family in law pergi umrah..Pagi semalam dah gerak balik Putrajaya..Jadilah dari tak dapat balik langsung..huhu

Petang selasa kitorang pegi jalan rumah nenek di Pinang Tunggal, Kepala batas Penang.Dari kecik sampai besar pegi sana tak pernah lagi tengok diorang goreng biji kopi.Kali ni kebetulan lah dapat tengok serbuk kopi in da making..heee..Diorang memang buat serbuk kopi sendiri je.Wan atok pon memang beli dengan diorang.Serbuk kopi buat sediri ni memang terbaik! setappppp

masa kitorang sampai biji kopi dah jadi legam pon.Mungkin dah lama diorang goreng..1st time tau dapat tengok biji kopi ni..agak jakun disitu..haha



walaupon rupa hitam, tetapi rasamu tetap menjadi puuujaan hatiku..berkilat² dia punya kehitaman tu..haihh


bila tenung dekat² rasa macam chocolate chip pon ada..heee..Lepas aje proses menggoreng, diorang simpan biji kopi ni sampai esok..esok baru proses menumbuk, dan masukkan air gula..rugi tak dapat tengok proses seterusnya..hukhuk

Kat kampung uols ada jugak ke orang yang buat serbuk kopi sendiri??
Ranking: 5
 
© ☻Mrs Fiza☻ All Rights Reserved