Suka menceritakan kekurangan dari kelebihan..

BUKAN mengumpat, tetapi apa dikatakan ini benar, fahaman umum untuk memberi justifikasi terhadap perbuatan menceritakan atau menyebut keburukan orang lain yang selalunya dilakukan dengan sengaja.

Ada kala, nama orang dimaksudkan tidak disebut, tetapi maksud perlakuan tetap sama iaitu menceritakan keburukan seseorang supaya diketahui orang lain. Namun, gambaran diberi selalunya boleh menyebabkan identiti orang dimaksudkan diketahui.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya yang bermaksud: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)

Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.”

Pahala dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya. Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:

Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.

Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:

Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.
Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.
Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.
Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.
Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain.

Tetiba terasa tertarik dengan petikan di atas..memang tak diakui kita kadang² terleka dan terlupa akan dosa seperti ini..tapi apabila kita tersedar apa salahnya kita muhasabah diri mencari dimana kelemahan kita dan cuba memperbaiki kekurangan dan perbuatan negatif yang menjadi makanan harian..

contoh paling senang dan selalu berlaku disekeliling kita seperti menceritakan keburukan orang lain..memperlekehkan kawan² sendiri sambil mengutuk dan mengata di belakang kawan tersebut..apa sahaja orang buat semua tak betul di mata..apa yang kita buat je nampak betul..tapi sedarkah kita akan perbuatan kita itu?sempurnakah kita sebagai hamba-NYA?

Orang macam ni selalunya sentiasa berasa tidak puas hati dengan kelebihan kawan, sentiasa mencari kesilapan dan kekurangan kawan..kadang² kawan yang mungkin dekat dan selalu jumpa pon boleh bersikap macam ni..di depan kita bercakap seperti tiada apa² yang tidak puas hati, tetapi apabila dibelakang kita diceritanya kembali, diperlekehkan pulak apa kawan kita tu buat seperti memperolehi rezeki, berniaga samaada secara kecil²an,lagi tidak menyedapkan hati kawan yang memang suka mengata dibelakang..apa salahnya perasaan tak puas hati atau ingin mengambil tahu tu terus je kepada tuan punya badan..kan dah boleh kurang dosa mengumpat tu..alahai kadang² terasa sangat menjengkelkan dengan sikap orang macam ni..lagi suka menceritakan perihal orang sesama mereka..

Kawan seperti ini kadangkala boleh bersikap lembut gigi dari lidah kalo bercakap di dalam telefon..kalo di depan pulak lagaknya seperti biasa, tiada apa² perasaan tidak puas hati samaada melalui perbuatan, percakapan atau air muka..Tetapi apabila disaat kita tiada bersama mereka, dikutuknya apa kita buat, dipersoalkan pulak apa bisnes kawan, berkesan sangat ke produk yang dia jual, untung ke bisnes dia..kutukan begini biasanya kawan yang tidak boleh kawan kita senang ataupon mungkin jugak dia tidak boleh melihat apa saja kawan dia buat..atau kelebihan kawan seperti kawan kita tu cantik mungkin kulit mulus gebu ke, potongan badan sedikit menarik atau pon kebahagiaan yang kawan kita miliki, ada saja yang cuba dicari kekurangan disebalik kelebihan yang ada..dikorek dan diungkitnya kekurangan supaya kelebihan yang ada tertutup dimata mereka..sedih dengan kawan yang macam ni..semua yang kita buat di perlekehkan..

Lagi menyedihkan apabila berita umpatan itu akhirnya sampai ke badan tuan yang diumpat..cuba kita fikirkan apa perasaan kawan kita..kawan yang dianggap baik atau tiada perasaan tidak puas hati rupanya hanya bersikap pura²..mungkin ditambah pulak perasaan hancur berkecai untuk mempercayai kawan yang sebegini...yang mengalami tentu tahu jawapannya..wallahualam

Peringatan untuk diri sendiri agar terpelihara dari melakukan dosa² mengumpat yang kita tidak sedar atau sedar tapi buat² tak sedar..perlahan² cuba bersihkan hati baru perbuatan dan percakapan akan turut bersih..aminnn
Ranking: 5
 
© ☻Mrs Fiza☻ All Rights Reserved