Percutian di Gold Coast Sepang ~ Malam Safi

Nana dah update habis daku baru nak citer pasal malam safi..takpe tu entri versi nana ni versi daku pulak..tapi daku punya entri lompat² jelah..gambar pon tak banyak snap cerita yang mana ada jelah ek..huhuhu

dimulakan dengan persembahan dari Shila Amzah.. Lagu ape ntah dia nyanyi langsung tak ingat..time ni sibuk duk sms dengan laki..tanya itu ini..hahaha

Yang sempat di makan..tu pon sentuh sikit sajok..Langsung takde selera nak jamah

buah²an ni pon makan sikit je..biasalah ragam berbadan dua..tak boleh lambat sangat makan..bila lambat perut dah masuk angin langsung tak boleh nak makan..

Sempat lagi duk bergambar..dah la kitorang kena persembahan pertama..Langsung tak praktis lagi cheer untuk S4safi..


korang bayangkanlah sendiri macam mana kitorang punya cheer tu.. hahahaha dahla semua orang gelak..tak pasti lah orang gelak sebab cheer kitorang terlalu comel atau best sangat..10 minit nak mula persembahan baru sibuk fikir dan praktis..oklah tu dapat jugak 'Best Cheers'

ha tengok tengok! KLIQ s4safi pon gelak dengan cheers sendiri..

last majlis semua KLIQ boleh bergambar dengan Shila..

Tema dinner Biru + Putih + 'Pink'

Nana, daku, Eliza.. 1st time kan nana kita bersua..terus jumpa kat Gold Coast kau..


Dress dari Poplook, tudung Fareeda dan cardigan pinjam..

Yang tinggi tu ada 4 kotak set safi untuk kategori 'Best Cheers', kecik kiri tu consolation untuk karaoke dan yang kecik² comel hijau berkilat tu IPOD NANO sorang satu untuk consolation Contest Safi haitu.. dah selamat kasi kat naman..Dah kahwin ada anak ni mana sempat nak sumbat telinga dengar lagu..huhuhu


* Langsung tak snap persembahan dari KLIQ lain..Mak malas sangat..

1 comment... add one now

pakej gold coast morib pakej gold coast morib October 12, 2015 at 5:34 PM
untung laa... tak eprnah lagi ke gold coast morib :)