Jalan² di Taman Saujana Hijau, Putrajaya..sangatlah cantik!

Petang sabtu punya cerita..Saja jalan² cari Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11..tengok dalam paper boleh tahan cantik..Tapi gambar pemandangan tak banyak pulak kami amik.kebetulan dah lewat petang sangat rushing je amik gambar sendiri..Sambil test gajet baru.hihi

model pertama papa sepanjang zaman..

kat belakang tu lah banyak pokok² love..memang cantik sangat pemandangan atas bukit tu..

ni la pokok² love tu..cantikkan?

Jelas sangat bentuk love tu kan..Unik nya ciptaan ALLAH swt..



aduila...muka tak semengah! geram budak ni orang ajak ke sana dia buat tak tahu je..kan dah kena tarik.tapi jalan maintain catwalk..hahaha

meratapi pabila melihat gambar sendiri.berat badan yang sangat degil mau turun..dari dulu sampai sekarang tak berubah berat..sob..sob..

dah nak dekat maghrib time ni..membelakangkan cahaya matahari..

adalah juga sekeping 2 gambar view kat taman saujana hijau ni..memang ala² obersi tau pemandangan dia..disebabkan diorang tanam pokok² cantik tu tempat ni nampak lain sikit..tak sempat tawaf habis pon..lain kali lah pergi lain

Tak puas hati try lah google..sekali jumpa gambar di Blog adik manis yang nama dia fiza..hahaha kebetulan lak sama..dik, akak minta share gambar ye..



credit to Fiza

cantik kan taman saujana hijau ni?memang sesuai sangat kalo nak jadikan tempat riadah..jogging la apa lagi kan..sekali tawaf je terus lembik lutut
Ranking: 5
 
© ☻Mrs Fiza☻ All Rights Reserved