Anda mencari kedai yang menjual barang party murah??

Ada yang masih mencari kedai yang jual barang party yang murah??Ha, mai sini nak kongsi sikit dengan kawan² yang dekat dengan area Putrajaya, Seri Kembangan dan sekitar ni yang rasa rumah dia dah dekat sangat dengan Jusco Taman Equine.

Kalo nak dapatkan barang party yang murah korang boleh beli kat kedai D.I.Y di Jusco Equine sana nun! Kedai D.I.Y ni kat aras pintu masuk Jusco tu korang belok kiri ha kedai dia hujung sekali.

Kenapa mak kata murah?Tahu la tempat lain pon ada lagi murah tapi yang area sini boleh la beli kat kedai D.I.Y ni dari beli kat Jusco, Carrefour yang mahai tu kan duit tu boleh simpan untuk beli barang lain untuk majlis tu :p

barang yang dibeli untuk party darwisy yang sudah tertangguh bulan 10 hari tu.tapi barang² ni ada yang beli tempat lain jugak sbb masa tu tak tahu kedai D.I.Y ni wujud..hihihi

Contoh barang yang di beli di kedai D.I.Y

belon yang banyak giler dengan harga murah macam ni

dan menda ni orang paggil ape pon tak tahu la.

Ada banyak lagi barang yang dibeli kat situ macam party popper (dalam gambar mula di atas tu) harga tak ingat pulak tapi memang murah giler!! pastu scallop (betoi ke nama dia ntah ala yang nk gantung² tu) RM4.50, lagi ape ek.haihh lupa pulak nak amik gambar.

Tapi betoi tau memang murah.macam² lagi ada jual nak² pulak untuk besday gurl.TUTU, butterfly kat kepala, kayu magic(ala yg budak gurl selalu pegang tu) hihi ha tu semua ada giler punya murah la.Sila² lah korang cari sana nun if besday party akan datang



Ranking: 5
 
© ☻Mrs Fiza☻ All Rights Reserved