KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Jangan lepaskan peluang join Giveaway simple!! Untuk join klik SINI
TAZKIRAH:13KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah,bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Dibulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna; Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat; Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Nota Ringkas : Berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga

{ 20 comments.. read them below or add one }

..nOj.. ..nOj.. August 13, 2010 at 11:17 AM
ha baca yg no.13 tu. ramai org taknak sahur kan. sbb malas nk bgn pagi. rugi nye
Ena Ena August 13, 2010 at 11:35 AM
good sharing nie fiza.. kebanyakkannya kita tahu tapi mungkin ada yg lupa.. jadi elok la share kan!.. thanks ;D
Fieza79 Fieza79 August 13, 2010 at 11:47 AM
btol2..sgt setuju dgn statement tu...kita maybe dh terleka dn terlupa bhwa pose itu 1 ibadat bkn 1 adat...
mamalieyna mamalieyna August 13, 2010 at 12:03 PM
setuju dengan nota ringkas itu..sama2lah kita renung2kan dan perbetulkan apa yang kurang..huhu..

thanks for sharing! ^_^
MieZa MieZa August 13, 2010 at 12:23 PM
bagus jugak...
thx sharing...
deena awanis deena awanis August 13, 2010 at 12:32 PM
berpuasa bukan sekadar menahan lapar dahaga..good reminder..=)
firahadifa firahadifa August 13, 2010 at 12:40 PM
fiza .. bagus tul tazkirah today..
nik nik August 13, 2010 at 1:24 PM
tq.tazkirah yg bagus..sy nak mintak izin share tazkirah nih yee =)
Farra Dhelina Farra Dhelina August 13, 2010 at 2:08 PM
auww no.2 tu i terasa uu.. koleksi dh ade..tp tak tau nk mula dr mn..hmmm ;p
sugar2 kapas strawberry sugar2 kapas strawberry August 13, 2010 at 2:16 PM
nasib bek skang da sahur..hihi

wlupon ksg2 hny segelas air kosong :)
MrS. F!zA MrS. F!zA August 13, 2010 at 2:54 PM
@Farra Dhelinaeh awak, saya kopipes je tazkirah ni.. bkn niat utk tujukan kat sape² tau. sy pon tak igt yg awk tuttt.. hehe
MrS. F!zA MrS. F!zA August 13, 2010 at 2:55 PM
@sugar2 kapas strawberryair ksong je? kalo akak ntah tahan ke tak sampai waktu berbuka :p
mrsboan mrsboan August 13, 2010 at 4:13 PM
terima kasih kerana saling ingat mengingati..
gee ryder gee ryder August 13, 2010 at 4:18 PM
kena perbaiki diri sendiri jugak ni..

thanx 4 sharing
Dilla Ady Dilla Ady August 13, 2010 at 4:21 PM
thanks fiza tuk info nih..wahhh..kecur lour tgk cekodok pisang tuh..sape kate tak kecur liur?huhuhu
LiLy @ MumMyQiStInA LiLy @ MumMyQiStInA August 14, 2010 at 2:34 PM
Thx for the info..Btul2..Berpuasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga jer kan...