Millatfacebook cabar Facebook!!

Korang ada dengar tak pasal ni?? Ada terbaca dan jumpa banyak di blog kawan2 yang menceritakan pasal ni.. Cuba korang baca petikan di bawah ni.. ecehh..dah macam nak jawap soklan Bahasa Melayu kat sekolah pulak..hehe

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.


Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.


Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.


“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.


“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.


“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.


Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.


Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.


Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.


Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.


Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

(dipetik dari akhbar berita harian 29 mei)

ni la rupa website millatfacebook


Nota: Agak2 apa pulak respon kita?? ;)


{ 7 comments.. read them below or add one }

MrS. F!zA@Mama Darwisy MrS. F!zA@Mama Darwisy June 2, 2010 at 9:12 AM
~asha~tak tahu kak.. sy tak try lagi..hehe
eima eima June 2, 2010 at 10:19 AM
ade baca kat paper utusan minggu lepas....
zhOprenIa zhOprenIa June 4, 2010 at 10:47 AM
wah..begini ceritanya. patut kawan-kawan duk sebar link MFB dalam FB
ieyda ♥ emiey ieyda ♥ emiey June 4, 2010 at 11:12 PM
jom kita ramai2 support this MFB.. :)